Permohonan BR1M 2015

Permohonan BR1M 2015

Permohonan BR1M 2015

Permohonan BR1M 2015

Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 (BR1M 2015) diminta mengemukakan permohonan mulai 1 Disember ini sementara penerima BR1M sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi masing-masing bermula 1 hingga 31 Disember.

Permohanan BR1M Online di eBR1M

  • Proses permohonan dan pengemaskinian BR1M 2015 boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di alamat https//:ebr1m.hasil.gov.my.
  • Pemohon juga boleh menggunakan borang permohonan BR1M (BK-01) atau borang kemas kini, dan dikembalikan ke mana-mana cawangan, pusat khidmat hasil, UTC LHDN atau Pejabat Daerah.

Kerajaan bersetuju menaikkan nilai bantuan BR1M 2015 mengikut kategori isi rumah dan individu serta pendapatan, manakala bagi Skim Khairat Kematian, bantuan RM1,000 akan diberikan kepada waris penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Menurutnya, penunaian boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dan penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal di kaun­ter bagi tujuan pengesahan dan semakan.
Bagi Skim Pelindungan Taka­ful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah adalah di antara tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember ini.  Sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan, bagi tujuan tuntutan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun hadapan.

Tuntutan boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiatakaful.com. my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mail ke 1-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.
Kerajaan telah menghantar surat kepada penerima BR1M sedia ada bermula 1 November lalu untuk tujuan pengemaskinian dan bagi memudahkan penerima sedia ada, Borang Kemas Kini mengikut alamat dalam rekod penerima akan dihantar mulai 24 November ini.

Pertanyaan BR1M
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDN) atau 03-88824565/4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mail br1m@trea­sury.gov.my.
Pemberian BR1M 2015 akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah, manakala penerima bawah kategori individu akan menerima bantuan sekali gus bermula 28 Januari 2014.

Incoming search terms:

  • br 1m 2015
  • Br1m 2015
One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *